ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Baru! Jumaat bersama Tok Guru siri 3

Pagi yang indah. Pagi yang cukup mempersonakan. Kelihatan jalinan warna pelangi mengikat antara satu warna dengan yang lain. Titisan air putih membasahi dedaunan yang kehijauan. Turunnya air hujan diiringi dengan rahmat Tuhan. Sungguh indah permandangan tersebut. Pemandangan yang disertai keberkatan. Keindahan tersebut menyebabkan saya terleka seketika sehingga terlewat menghadiri kuliah Tok Guru.

Saya hanya sempat mendengarkan sebuah hadis daripada Tok Guru berkaitan sedekah. Namun begitu ia tetap memberi pengetahuan baharu kepada saya. Sedekah bukan sahaja daripada segi material malahan senyuman juga merupakan satu sedekah. Senyuman yang ikhlas mampu membahagiakan orang lain. Setiap orang mempunyai bibir namun tidak semua mereka yang biasa dan pandai tersenyum. Ada senyuman sinis sehingga mengguris perasaan yang memandang, ada juga senyuman menggoda sehingga mencairkan hati yang rawan, namun tidak kurang juga senyuman ketabahan yang menggetarkan kalbu si pemerhatinya.

Senyuman amat digalakkan dalam Islam seperti yang diberitakan oleh Rasulullah. Rasullah bersabda: “Senyuman terhadap saudaramu itu adalah satu sedekah.”(Hadis riwayat Tirmizi)

Setelah dipelajari dan diamalkan ternyata khasiat senyuman itu sungguh luar biasa. Sekurang-kurangnya dengan senyuman ikhlas kita tetap mampu memberi manfaat kepada orang lain. Wajah yang ceria akan menimbulkan rasa senang kepada orang yang ditemui, melahirkan rasa kasih sayang, cinta serta kelapangan dalam hati. - Ann Wan Seng
-------------------
Seperti biasa, buku ini adalah sebagian rakaman pandangan dan perasaan Ann Wan Seng terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Semoga dengan rakaman dan huraian tersebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu

Tokoh Dua Zaman



Umar Abdul Aziz dan Nik Abdul Aziz merupakan dua tokoh Islam di dua zaman yang berbeza. Ketokohan beliau bukan hanya diceritakan dan disampaikan daripada lisan ke lisan. Bahkan telah dinukilkan di dalam buku dan menjadi sisipan dalam lembaran sejarah. Menjadikan dua tokoh ini sebagai ikon untuk ikutan dan teladan kepada umat Islam dan bukan Islam.

Naskhah ini mengisahkan tentang keperibadian khalifah Umar Abdul Aziz yang soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan kekayaan dunia. Ketokohan khalifah Umar Abdul Aziz dipertontonkan melalui catitan sejarah sebagai seorang pemimpin yang adil dan disenangi rakyat.

Manakala diceritakan juga keperibadian sosok tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz yang hidupnya sentiasa dalam keadaan yang sederhana. Ketokohan Tok Guru Nik Abdul Aziz jelas terserlah apabila beliau diiktiraf antara 50 orang tokoh Islam paling berpengaruh di dunia.


Apabila meneliti buku ini, kita dapat melihat kesesuaian tokoh antara dua zaman apabila masing-masing tidak ingin untuk menerima sebarang jawatan sebagai pemimpin dan menganggapnya sebagai amanah yang besar dan akan dipersoalkan di akhirat. Namun, akhirnya mereka memimpin dengan jaya.

Pembaca akan dibawa kesuatu dimensi yang berbeza. Intipati-intipati yang telah dicatat di dalam buku ini pasti akan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi kepada kita.



Syoknya Nikah Muda; Wahai pemuda pemudi fikirkan



Wahai pemuda pemudi fikirkan yang terbaik untuk nikmati hidup ini. Fitrah berpasangan memang menjadi lumrah dalam hidup seorang manusia.
Keajaiban tuhan menjadikan manusia itu secara berpasang-pasangan. Jika ada lelaki pasti ada perempuan yang melengkapi sesama kita yang telah menjadi aturan dan kehendak Allah. Inilah perjuangan hidup sebenar yang terpaksa dilalui oleh setiap lelaki dan perempuan yang masih bujang.

“Saya menadah tangan dan bermunajat kepada Allah agar penulisan ini mampu mengubah dan mengetuk hati para pembaca untuk berkahwin dengan segera jika berkemampuan. Saya juga memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para remaja dan dewasa yang telah terlanjur dalam hubungan yang haram dan terjerumus dalam kancah perzinaan yang dimurkai oleh Allah.

Buku "SYOKNYA NIKAH MUDA" sungguh bermanfaat kepada mereka yang masih menantikan kehadiran calon suami/isteri.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 32 tetamu sekarang ini