ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Menyeru Kepada Allah


"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Fussilat: 33).

Kita semua telah mengetahui hakikat ini. Betapa menyeru kepada kebaikan atau amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah SWT, walaupun hanya dengan sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan kepada Allah.

Setiap Muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan Islam walaupun dengan sepatah perkataan, kerana dakwah itu suatu perjuangan yang tiada titik noktahnya selagi mana manusia terus wujud di muka tempatnya.

Islam boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada melalui lisan, penulisan ataupun perbuatan. Penyampaian itu perlulah dibuat menggunakan kaedah yang paling baik sesuai dengan khalayak dan audien yang didepaninya. Selain ilmu, untuk menjadi seorang pendakwah yang efektif, ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan motivasi untuk menghadapi sebarang bentuk karenah serta permasalahan bahkan penentangan daripada kalangan yang didakwahkannya. Justeru itu, ia menuntut seseorng pendakwah supaya sentiasa bersiap siaga terhadap apa sahaja kemungkinan yang dihadapinya.

Pendakwah juga penting untuk membuat persediaan bagi memastikan dakwahnya mencapai sasaran dan keperluan masyarakat. Seseorang pendakwah juga perlu mampu melakukan penyesuaian terhadap persekitarannya supaya kehadirannya dapat diterima oleh penduduk setempat.

Banyak aspek yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang penceramah yang disegani dan efektif. Jika hanya bersandar kepada gelaran dan imej semata-mata, ia tidak akan membawa seseorang pergi jauh dalam bidang ini. Berdakwah tidak sama dengan orang yang menjual ubat di tepi jalan. Agama tidak boleh disampaikan dengan cara menipu dan membohongi orang.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5973 8944-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 8 tetamu sekarang ini