ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Kisah Sahabat Rasulullah Usia Lanjut


Para sahabat dan sahabiah ialah an-Nujum al-Islami (bintang Islam). Bintang merupakan lambang keluhuran, kemuliaan, kemajuan dan keagungan. Para sahabat memiliki peribadi yang teguh bagi menyucikan debu-debu kotoran jiwa, membersihkan diri daripada perilaku yang merendah dan menggelapkan diri mereka demi menggapai keluhuran dan kemuliaan setinggi bintang-bintang di langit.

Rasulullah SAW memberi penghormatan luhur terhadap para sahabat,

"Sebaik-baik manusia adalah yang ada pada zamanku. Kemudian manusia pada zaman sesudahnya, lalu mereka yang hidup pada zaman sesudahnya. Kemudian satu kaum datang yang kesaksian salah seorang antara mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya." (HR al-Bukhari: 3662)

Antara para sahabat dan sahabiah Rasulullah SAW, ramai yang meninggal dunia ketika usia masih muda. Mereka memilih jalan untuk mati syahid. Dalam sejarah juga mencatatkan para sahabat dan sahabiah adalah insan yang berfikiran tajam dan gagah berani dalam menegakkan kalimah Allah. Mereka mengatur kehidupan mereka demi perjuangan Islam. Mereka tidak mensia-siakan sedetik pun umur mereka selain menggapai keredhaan Allah.

Ikutilah kisah para sahabat Nabi SAW yang dikurniakan Allah usia yang lanjut. Tidak ada yang paling membahagiakan seseorang apabila dikurniakan umur yang panjang dan mengisi kehidupan dengan istiqamah dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-116-4
Jumlah Halaman: 321 Muka Surat
Tarikh Terbit: 08 August 2014
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

RM17.00 RM22.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 16 tetamu sekarang ini