ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Dosa-Dosa Besar Yang Tidak Ditakuti


Rasulullah sentiasa memberi peringatan kepada umatnya untuk menjauhi perbuatan dosa dan kemaksiatan sama ada dosa besar mahupun kecil. Rasulullah juga menjelaskan hakikat dosa. Fahami dengan saksama sabda Rasulullah, "Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu serta yang kamu tidak suka apabila dilihat orang lain." (HR Muslim: 2553)

Rasulullah juga berkata, "Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa), tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu menderhaka (Allah)." (HR Abu Daud: 1021)"Dengar dan perhatikanlah wahai para sahabatku. Mahukah kamu aku beritahu tentang dosa-dosa paling besar?" Rasulullah mengulangi seruannya sebanyak tiga kali. Para sahabat berkata, "Sudah tentu kami mahu wahai utusan Allah." Rasulullah bersabda, "Dosa-dosa yang paling besar itu adalah syirik kepada Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan memberi kesaksian palsu (bercakap bohong)." (HR Bukhari: 5261)

Pelbagai dosa besar yang tidak ditakuti masa kini sama ada dalam beribadah, keluarga, ekonomi dan sosial, semuanya akan dihuraikan secara komprehensif dalam karya ini sebagai sebuah ikhtiar memperbaiki diri supaya terhindar daripada perbuatan yang tidak senafas dengan nilai-nilai syariat.

Perbuatan tersebut di mata manusia mungkin merupakan trend kehidupan, tradisi budaya, adat istiadat serta merupakan hal biasa padahal di mata Allah merupakan dosa besar.

Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-096-9
Jumlah Halaman: 360 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 November 2013
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

RM20.00 RM22.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5973 8944-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 7 tetamu sekarang ini