ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Ketika Malaikat Tidak Bersayap


Buku yang bertajuk Ketika Malaikat Tidak Bersayap ini ditulis oleh Anas Al-Hazimi iaitu seorang graduan daripada Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta dalam jurusan Bahasa dan Sastera Arab. Naskhah setebal 267 halaman ini sarat dengan kisah yang penuh dengan hikmah dan pengajaran. Buku ini merupakan himpunan kisah-kisah pendek yang diambil daripada pelbagai sumber termasuklah Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ulama.

Kandungan buku ini mengumpulkan kisah yang jarang-jarang kita mendengarnya tetapi ia terdapat dalam lipatan sejarah. Ia disusun kepada lima bahagian yang merangkumi kisah-kisah berkenaan moral, bencana akhir zaman, motivasi, sejarah, dan diselitkan juga kisah-kisah jenaka. Tujuan buku ini diterbitkan tidak lain tidak bukan untuk membawa pembaca menelusuri kisah-kisah teladan yang mampu memotivasikan diri.

Sangat menarik apabila setiap kisah yang diceritakan di dalam buku ini turut diselitkan dengan pengajaran-pengajaran agar para pembaca turut sama memuhasabah diri dan mengambil ibrah daripadanya. Sebagai rumusan, buku ini adalah sebuah buku yang sangat bermanfaat dan kandungannya amat mudah untuk difahami kerana bahasanya ringkas dan tidak terlalu memberatkan pembaca. Ia sesuai untuk pembacaan santai untuk dikongsikan bersama keluarga dan teman-teman.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610723
Jumlah Halaman: 352 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 February 2013
Harga Sabah/Sarawak: RM12.00


RM12.00 RM18.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 45 tetamu sekarang ini