ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Kerana Allah Aku Menikahimu


“Bernikah”, ungkapan ini dahsyat sekali pada pendengaran kita. Bagi yang belum bernikah, ungkapan ini seperti pukulan di siang hari benar. Memanggilkan ritma mimpi yang dahulu dan sejak dahulu sudah diangankan. Mendamba seorang gadis atau jejaka idaman. Berharap agar segera dipertemukan dengannya. Indahnya... Tetapi bagi mereka yang telah bernikah, ungkapan bernikah boleh jadi adalah kata-kata yang hanya indah di memori sahaja. Kerana mungkin sekarang dia tidak lagi mengecap keindahannya dan terbuang begitu sahaja. Mimpinya dahulu sangat berbeza dengan apa yang dia alami setelah bernikah.

Hidupnya bergolak dan menjalani rutin harian tanpa cinta dan kasih sayang. Ini tidak seharusnya terjadi! Pernikahan perlu diseimbangkan antara harapan dan kenyataan. Harapan yang melambung harus didaratkan dengan akibat dan risiko yang akan dihadapi oleh setiap pasangan. Sedangkan realitinya haruslah dididik agar menghadapi kenyataan. Tetapi adakah itu sesuatu yang mudah? Tentu sahaja jawapannya terletak kepada kesungguhan kita berusaha untuk menghadapinya. Agar semua hati beroleh bahagia, tiada lagi air mata dan penderitaan.

Nah! Sudah bersediakah anda untuk membahagiakan pasangan anda? Semoga karya kecil ini memberi manfaat buat para pencinta yang bakal bernikah.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610433
Jumlah Halaman: 145 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 March 2012
Harga Sabah/Sarawak: RM16.00

RM13.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 5 tetamu sekarang ini