BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Sirah Nabi (Rahiq al-Makhtum)


Buku Sirah Nabi yang perlu ada di setiap rumah. Sirah Rasulullah Saw adalah semua perkataan, perbuatan dan akhlak baginda yang mulia. Saidatina Aisyah, isteri baginda berkata, “Akhlak baginda ialah al-Quran.” 
 
Mengingatkan bahawa al-Quran ialah Kitab Allah dan himpunan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, maka tubuh yang berakhlak al-Quran seperti ini tentu merupakan manusia paling baik dan paling sempurna akhlaknya SERTA paling berhak mendapatkan kecintaan seluruh makhluk. 
 
Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.
_______________

SAAT YANG PALING SEDIH DALAM HIDUP INI; SAAT KEWAFATAN NABI SAW.

Tibalah detik-detik terakhir daripada hidup baginda. Aisyah menarik tubuh baginda ke pangkuannya. Tentang hal ini, dia pernah berkata, “Sesungguhnya antara nikmat Allah yang dilimpahkan kepadaku adalah apabila Rasulullah meninggal dunia di rumahku, pada hari giliranku dan berada dalam rengkuhan dadaku serta Allah menyatukan antara ludahku dengan ludah baginda ketika baginda wafat.” Aisyah juga berkata, “Ketika itu Abdurrahman ibnu Abu Bakar masuk ke dalam, sambil memegang siwak. Ketika itu kurengkuh tubuh baginda dan kulihat baginda melihat ke arah siwak yang ada di tangan Abdurrahman.

Oleh kerana aku tahu bahawa baginda amat menyukai siwak, maka aku bertanya, ‘Bolehkah kuambilkan siwak itu untukmu?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menyerahkannya kepada baginda dan menggosokkannya ke mulut baginda. Rupa-rupanya gosokanku terlalu keras bagi baginda, sehingga aku bertanya, ‘Apakah aku perlu memerlahankannya?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala.

Maka aku menggosok dengan sangat perlahan. Ketika itu di tangan baginda ada bekas berisi air. Baginda mencelupkan kedua-dua tangan ke dalam air, lalu mengusapkannya ke wajah, sambil bersabda, ‘Tiada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya’.”

Book Information

ISBN: 9789673610976
Number of Pages: 683 Page
Publish Date: 20 December 2013
Price Sabah/Sarawak: RM56.80

RM54.40 RM68.00 Out of stock

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 27 guests online