BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Stop Neraka: Kisah Orang-Orang Baik Yang Dijamin Syurga Allah


Setiap manusia pasti berharap dan ingin beroleh kebahagiaan hakiki, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah menjanjikan syurga bagi para hamba-Nya yang istiqamah menjalankan ketaatan beribadah dan beramal soleh yang diniatkan semata-mata demi meraih reda-Nya. "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya."(At Taubah: 72)

Allah berfirman, "Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh itu, bacalah kalau kamu suka ayat al-Quran: seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu; bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As-Sajadah: 17)"

Sesungguhnya jalan meraih syurga Allah adalah ditentukan oleh atas keimanan dan niat amalan sepanjang hidup di dunia ini. Manusia yang utuh beriman kepada Allah, banyak beramal soleh semasa hidupnya dan tiada yang dituju ibadah dan amalnya hanya mencari reda Allah, nescaya dadanya dipenuhi dengan rasa tenteram dan bahagia. Sebaliknya, manusia yang kufur dan banyak berbuat jahat (zalim), nescaya dadanya sempit dan dihinggapi kegelisahan tidak berhujung.

Jalan menuju syurga Allah sangat banyak. Salah satunya ialah dengan membaca serta menghayati kisah para soleh dan solehah yang dijamin masuk syurga. Kita juga boleh meneladani amal-amal kebaikan yang mereka lakukan agar beroleh barakah agung daripada Allah berupa syurga-Nya.

Semoga pertolongan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita yang dengan itu kita dapat memahami bentuk amal soleh yang menuntun kita kepada syurga Allah serta mengenali muslimin dan muslimah agung yang beroleh jaminan syurga.

Selamat membaca!

Book Information

ISBN: 9789673610396
Number of Pages: 260 Page
Publish Date: 01 December 2011
Price Sabah/Sarawak: RM23.00


RM14.00 RM20.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

You may also be interested in this book:

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 9 guests online