BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Sumpah Rasulullah SAW


 “Tiga perkara yang aku bersumpah terhadap ketiga-tiganya iaitu tidak berkurang harta kerana sedekah, tiada teraniaya seorang hamba dengan kezaliman yang dia sabar atasnya, melainkan Allah menambahinya kemuliaan. Dan tiada seseorang yang mengemis kepada manusia, melainkan Allah membuka atasnya pintu kefakiran.” [HR Imam Tirmizi, 2325]
 
Sumpah adalah suatu penegasan yang menggambarkan tekad yang kuat untuk meninggalkan atau melakukan suatu pekerjaan, lalu menghubungkannya dengan sesuatu yang dianggap agung, sama ada secara hakiki mahupun i’tiqadi (keyakinan). 
 
Sumpah termasuk bahagian utama daripada ajaran Islam. Terdapat banyak penjelasan al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. mengenai sumpah. Sama ada sumpah Allah kepada para hamba-Nya, mahupun sumpah-sumpah Rasulullah S.A.W.  berkaitan dengan permasalahan umatnya. 
 
Sumpah-sumpah Rasulullah S.A.W. berkaitan kehidupan beragama, permasalahan sosial dan politik. Sebagai contoh sumpah berkaitan dengan pemimpin yang khianat,
 “Demi Allah, tidak ada iman bagi yang tidak memiliki sifat amanah. Dan, tidak ada agama bagi yang tidak menepati perjanjian.”
(HR al-Baihaqi, 4043) 
 
Buku ini mengajak anda untuk mengambil iktibar serta panduan keimanan daripada sumpah Nabi S.A.W. Semoga bermanfaat.

Book Information

ISBN: 978-967-361-138-6
Number of Pages: 224 Page
Publish Date: 01 November 2014
Price Sabah/Sarawak: RM20.00


RM17.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 27 guests online