Menyukat Solat Diri (Jilid 2)

oleh Misbah Em Majidy

ISBN 978-967-361-025-9

Tarikh Terbit: Ogos 2011

Jumlah Muka Surat: 196

Harga: RM17/RM20

 

___Sinopsis_________________________________________________

Solat harus dikerjakan dengan niat tulus, ketundukkan hati dan jiwa yang jernih, menghayati makna bacaan solat, serta konsentrasi yang utuh. Oleh sebab itu, untuk melengkapkan kesempurnaan solat yang boleh mengganggu konsentrasi, dianjurkan membaca istighfar (memohon kasih keampunan Allah), tahmid (sanjung puji kepada Allah), tasbih (mensucikan Allah), takbir (mengagungkan Allah) dan berdoa kepada-Nya setiap kali selesai solat.

Solat yang dikerjakan dengan ikhlas dan sempurna, akan melahirkan keberkatan hidup; dunia akhirat. Orang yang rajin menunaikan solat, jiwanya akan tenteram, akhlaknya mulia, serta pola hidupnya lurus dan benar. Dosa-dosanya diampuni, kesalahannya dihapuskan, serta dimuliakan darjatnya di sisi Allah. Solat juga medium utama untuk berhubung dengan Allah. Solat meliputi ‘sujud’ jasad dan roh, menegakkan sendi-sendi perilaku zahir di tahap kehidupan yang sistematik. Sama ada dari sudut ucapan, tindakan dan pemikiran.

 



 

___Tentang  Penulis_______________________________________________________________________________________________

Ustaz Misbah Em Majidy MA dilahirkan pada 4 Februari 1971. Beliau mendapat pendidikan di Kulliyatul Muallimin al-Islamiyah Gontor Ponorogo, Indonesia dan meneruskan pelajaran ke al-Azhar University, Cairo, Egypt. Ustaz Misbah telah menghasilkan sebanyak 15 buah buku serta karya terjemahan sebanyak 58 buah. Kini beliau berkhidmat sebagai Pengarah al-Majidy Islamic Quranic Studies Sidoarjo Jawa Timur, Indonesia.




 



Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu.

Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin terwujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.

Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

 


logo_kemilau
Kemilau Publika Sdn Bhd
(857781-W)
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA


phone

fax

email


+603 60388314
+603 60388315

+603 60388341

admin@kemilau.net.my
sales@kemilau.net.my