Tafsir al-Quran; Surah Pilihan

oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

ISBN 978-967-361-041-9

Tarikh Terbit: Mac 2012

Jumlah Muka Surat: 200

Harga: RM17.00/RM21.00

 

___Sinopsis_________________________________________________

 

Kupasan tafsir Al-Quran ini amatlah penting untuk kita fahami erti dan susunannya dalam 6,000 lebih patah perkataannya ini. Para alim dan ulama’ handalan amatlah mengambil-berat tentang segala-galanya mengenai Al-Quran. Segenap segi membawa maksud yang penting.

Di dalam agama lain, seperti Kristian misalnya, tiada seorang pun antara paderi mereka yang mengambil tahu segenap pembilangan di dalam Kitab Injil serta juzuk-juzuk yang terkandung di dalamnya. Tetapi, dalam Islam semua usaha dijanjikan ganjaran pahala disisi Allah SWT. Maka para ulama’ serta ilmuan Islam mengambil kira malah memberatkan pemahaman tafsir dan makna dalam hal-hal yang tersebut.

Tok Guru cuba menerangkan kepada kita jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia.

Walaupun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pengajaran bagi kehidupan kita masakini. Tok Guru mengaitkan dengan contoh-contoh setempat dan sesuai dengan masyarakat negara ini.

Wajarlah buku ini miliki oleh kita semua seperti belajar terus dari Tok Guru. Mudah-mudahan ada manfaat.

 

 





___Tentang  Penulis_____________________________________________________________________________________________

 

YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kelantan pada tahun 1931. Beliau memulakan pendidikan dalam Bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau menyambungkan pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan memperolehi Master Degree in Arts (M.A) dalam Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah. Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik secara sepenuh masa, beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Ma'ahad Muhammadi, Kota Bharu dan juga sebagai pendakwah bebas. Beliau menjadi aktif dalam politik pada tahun 1967, dan dalam Pilihanraya Umum semenjak tahun 1969, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Semut Api. Beliau retained kerusi tersebut pada 1990, dan bila Pas menawan Kelantan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 23 Oktober 1990. Beliau adalah Pengerusi dan Pesuruhjaya PAS negeri bagi Dewan Ulama' PAS Kebangsaan hingga 1995, dan sekarang beliau adalah Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS. Seorang yang sederhana, beliau lebih dikenali di kalangan penduduk kampung dan bandar sebagai "Tok Guru" dan beliau tidak pernah berhenti memberikan Khutbah Jumaat serta ceramah/kuliah dari 1969 hingga 1978, dan semenjak 1990 hingga sekarang. Beliau berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka telah dikurniakan 10 orang anak.


 



 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu.

Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin terwujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.

Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

 


logo_kemilau
Kemilau Publika Sdn Bhd
(857781-W)
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA


phone

fax

email


+603 60388314
+603 60388315

+603 60388341

admin@kemilau.net.my
sales@kemilau.net.my