Menilai persamaan dalam al-Quran, Hadis & Bible mengenai kehidupan manusia

oleh Ahmad Iqram Mohd Nor

ISBN 978-967-361-042-6

Tarikh Terbit: Februari 2012

Jumlah Muka Surat: 347

Harga: RM22.00/RM25.00

 

___Sinopsis_________________________________________________

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW mengandungi prinsip perundangan, peradaban, petunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala bentuk makhluk di dunia hingga hari Kiamat. Al-Quran adalah rujukan tertinggi dalam Islam selepas As-Sunnah (Hadis).

Benar dan salah kehidupan seseorang adalah bergantung sejauh mana ia berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Sekiranya pupus rasa keteguhan dalam berpegang dengannya, maka iman seseorang Islam itu telah tercemar. Bertaubat adalah jalan penyembuhan merawat iman yang sakit.


"Holy Bible adalah kitab suci agama Kristian yang mana di dalamnya terkumpul puluhan kitab nabi-nabi terdahulu di antaranya Taurat, Zabur (Mazmur), dan Injil. Di dalamnya mengandungi segala hukum, sejarah dan juga kronologi nabi-nabi dari kalangan bani Israel terdahulu.


Dengan menzahirkan segala isi dan hukum didalamnya serta dibandingkan dengan Al-Quran maka terselahlah kronologi Islam yang telahpun dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Dimana, segala suruhan dan larangan di dalam sesebuah kehidupan manusia itu ada hikmahnya"

 

 

 


___Tentang  Penulis_____________________________________________________________________________________________

 

AHMAD IQRAM MOHD NOR anak kepada Mohamad Noor bin Deraman. Berasal dari Kadok, Ketereh, Kelantan. Dilahirkan pada bulan Julai 1993, merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dewan Beta Kelantan dan melanjutkan pengajian menengahnya di Maahad Muhammadi Lelaki Pengkalan Chepa Kelantan serta mengambil Sijil Pengajian Malaysia di SMU (A) Hamidiah Lilbanin wal Banat di Kadok. Setelah itu  menyambung pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia ke SMU (A) Azhariah Melor Kelantan. Sekarang menuntut di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islamil Petra mengambil jurusan Usuluddin.

Aktif dalam pidato, forum dan debat. Masih lagi baru dan ingin terus dalam bidang penulisan dan sekarang masih aktif dalam mengkaji kitab suci agama antaranya al-Quran, Holy Bible, Book of Mormon, Veda, Zent Avesta, dan Dhamapada.

 


 



 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu.

Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin terwujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.

Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

 


logo_kemilau
Kemilau Publika Sdn Bhd
(857781-W)
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA


phone

fax

email


+603 60388314
+603 60388315

+603 60388341

admin@kemilau.net.my
sales@kemilau.net.my