kaver_Power_Yasin

The Power Of Surah Yasin

oleh Dr. Abdul Wahab Mohd Salleh


ISBN: 978-967-361-004-4

Tarikh Terbit: Oktober 2010

Jumlah Muka Surat: 170

Harga: RM16 / RM19


 

___Sinopsis_________________________________________________

 

Ketahui dan nikmati kelazatan dari surah Yasin! Berapa ramai antara kita yang berjaya menghafal surah Yasin? Namun, berapa ramai pula yang tahu dengan mendalam maksud dalam surah Yasin? 

Bukankah lebih bermakna dan berkat ibadah yang kita lakukan jika dapat mendalami maksud yang disampaikan dalam surah Yasin. 

Izinkanlah kehadiran buku kecil bertajuk ‘The power of surah Yasin’ ini membantu anda dalam memahami isi yang terkandung dalam surah Yasin. Terdapat beberapa poin penting yang terdapat dalam buku ini seperti berikut: 

    1. Pengertian secara terperinci setiap ayat dalam surah Yasin.   

    2. Sebab nuzul ayat.   

    3. Huraian dan pengajaran dalam surah Yasin.   

    4. Setiap huraian disokong dengan penjelasan al-Quran dan Hadis.   

    5. Fadilat dalam membaca surah Yasin.

      Ilmu penyuluh jiwa, gapailah manfaat dalam membaca Yasin justeru pahalanya menyuluh jiwa anda. Mudah-mudahan ibadah anda lebih mantap selepas membaca setiap helaian dalam buku ini serta dapat memberi informasi bermanfaat kepada anda tentang surah Yasin.

       





       ___Tentang Penulis______________________________________________________________________________________________

      Dr. Abdul Wahab Mohd Salleh dilahirkan di Kedah pada tahun 1947. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Misbahul Falah (Pondok Lanai),Banggol  Berangan, Kuala Pegang, Baling, Kedah, selama 8 tahun. Kemudian menyambung pengajian di Darul 'Uloom, Deoband, India, BA, Syari'ah , al.Azhar, Kaherah, MA, Ph.D Tafsir & 'Ulum al-Qur'an, al-Azhar, Kaherah. Menjadi Pensyarah Jabatan Pengajian  Al-Qur'an & al-Sunnah, UKM dari 1979 hingga bersara pada 2007.

       



       



      Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

       


      logo_kemilau
      Kemilau Publika Sdn Bhd
      (857781-W)
      No.22F, Jalan Bidara 8,
      SU Mall, Saujana Utama 3,
      47000 Selangor, MALAYSIA


      phone

      fax

      email


      +603 60388314
      +603 60388315

      +603 60388341

      admin@kemilau.net.my
      sales@kemilau.net.my